Terbakarnya Masjid al-Dhirar Masjid al-Dhirar

Perincian peristiwa

Apabila Nabi Muhammad pulang dari Tabuk, tentera Muslim telah berhenti di Dhu Awan. Seperti yang baginda maklumkan, baginda ingin untuk ke masjid itu bagi mengotakan kata baginda. Kemudian, turunlah wahyu yang menegaskan baginda tentang larangan untuk bersembahyang di dalam masjid tersebut:

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). [Quran 9:108]

Sesetengah orang Islam yang membina masjid tersebut mendakwa yang masjid itu dibina untuk orang yang lemah, sakit dan memerlukan. Disebabkan wahyu mendedahkan tentang kemunafikan mereka, baginda mengarahkan tentera baginda untuk membakarnya. Tentera tersebut memasuki masjid itu dan membakarnya walaupun ada orang "lemah dan sakit" di dalamnya dan selepas itu orang-orang tersebut melarikan diri dari situ".[12]

Ibnu Kathir berkata, memberitahu yang Nabi Muhammad mengutus Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata,

"Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (Masjid Dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."

Maka mereka pun berangkat dengan segera. Malik bin Dukhsyum mengambil api dari pelepah kurma dari rumahnya. Mereka bertolak lalu membakar dan menghancurkan masjid tersebut.[13]

Analisis dan spekulasi

Isma'il Qurban Husayn (terjemahan at-Tabari, Jilid 9, Tahun-tahun Terakhir Nabi) berspekulasi dengan menyatakan dalam nota kaki 426, yang orang tersebut "mungkin" dikaitkan dengan mereka yang ingin membunuh Nabi Muhammad dalam Perang Tabuk, tetapi Tabari sendiri tidak mendakwa sedemikian.[14]

William Muir pula menyebut yang Nabi Muhammad percaya masji tersebut dibina untuk memecah belahkan perpaduan orang Islam dengan menarik mereka ke masjid lain di Quba[8] selain Masjid Quba, yang pertama kali dibina oleh orang Islam atas dasar takwa.[15]

Rujukan

WikiPedia: Masjid al-Dhirar http://detikislam.blogspot.com/2013/06/masjid-dhir... http://www.hajinformation.com/main/h2022.htm http://tafsir.com/default.asp?sid=9&tid=22010 http://www.tafsir.com/default.asp?sid=9&tid=22010 http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://faculty.washington.edu/brownj9/LifeofthePro... http://www.islamic-book.net/ar/Rihlat-Alnobowwah.h... http://military.hawarey.org/military_english.htm http://mosab.hawarey.org/